- AKTIVITI TARIAN DENGGI
Aktiviti ini telah diperkenalkan kepada ahli
Dengue Patrol ketika guru penasihat memberi taklimat pada 2 Julai 2014. Ahli
Dengue Patrol telah menonton video tarian denggi yang telah dibekalkan oleh
pihak Sanofi dan cuba melakukannya.
Tanggal 6 Ogos 2014, satu taklimat tentang
Tarian Denggi telah diadakan di bilik mesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa tarian
denggi. Seterusnya pada 9 Ogos 2014 diadakan latihan pertama tarian denggi
secara intensif bermula pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi. Ahli-ahli Dengue Patrol
kelihatan amat seronok walaupun mereka keletihan. Begitu juga dengan guru-guru
yang sangat bersemangat melatih ahli Dengue Patrol walaupun terpaksa membawa
anak-anak kecil. Terima kasih untuk semua.
LATIHAN
( HARI PERTAMA )
Latihan
SenamRobik Tarian Denggi dibawah seliaan cikgu Nazri.
LATIHAN ( HARI KE 2 )
Latihan kali ke 2 ini turut disertai oleh pelajar-pelajar lain selain daripada ahli Dengue Patrol. Masa yang diambil untuk latihan ini adalah waktu pendidikan jasmani. Tarian denggi akan diperkenalkan secara berperingkat kepada para pelajar. Ahli Dengue Patrol yang sudah menguasai tarian ini memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar yang lain.
|
Ahli Dengue Patrol mengajar Pelajar menari tarian
denggi
Latihan
tarian oleh Ahli Dengue Patrol bersama pelajar Sk Pasir Akar
yang lain.
LATIHAN
( HARI KE 3 )
Latihan kali
ke 3 ini diadakan di Astaka Sekolah. Hal ini adalah untuk membiasakan ahli DP
melakukan tarian diatas Astaka ini sempena program GOTONG ROYONG PERDANA AYUH
GEMPUR AEDES yang akan dilaksanakan kelak. mereka akan menjadi model tarian
yang akan diikuti oleh semua yang hadir pada hari tersebut.
|
Latihan demi
latihan yang telah dilaksanakan menunjukkan perkembangan positif dikalangan
ahli DP. selain daripada itu, ia juga turut menarik minat pelajar sekolah yang
lain untuk turut serta melakukan tarian ini.
Pergerakkan yang semakin " murni . Perkembangan
positif dari ahli skuad.
Syabas!!
Syabas!!
si cilik yang teruja mengikuti latihan tarian denggi.
sungguh comel mereka ini kan??
sungguh comel mereka ini kan??
Saksikanlah aksi si cilik ini menari tarian denggi..
^_^
LATIHAN 20 Ogos 2014
Saksikan video tarian denggi mereka.. semakin ada peningkatan.. ^_^
0 comments


0 comments:
Post a Comment