Sakit Adalah Ujian DariNYA. Namun, Menjaga Kesihatan Adalah Tanggngjawab kita. Nyahkan Aedes.. Tiada Denggi. Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati.
RSS

Pages

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN : PROGRAM DENGUE PATROL SK PASIR AKAR

PROGRAM "AYUH GEMPUR AEDES "

BERJIHAD MEMBANTERAS AEDES

1 comments

Ajak masyarakat basmi denggi

5 Ogos 2014

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan hari ini meminta semua pemimpin parti politik di negeri itu menggunakan pengaruh mereka untuk mengajak masyarakat menangani wabak denggi yang semakin serius.
   
Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata pemimpin politik boleh berbuat demikian dengan mengajak masyarakat turun padang bersama agensi kerajaan dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihakan kawasan.
   
"Permasalahan ini memerlukan kerjasama semua pihak dan kita harapkan dengan pengaruh yang ada semua lapisan masyarakat dapat turun padang untuk membantu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan terhadap pesakit denggi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.
   
Katanya, cuaca yang tidak menentu menjadi punca pembiakan nyamuk aedes yang aktif dan menggesa masyarakat sentiasa berwaspada selain mengutamakan kebersihan di sekeliling rumah kediaman masing-masing.
   
Setakat ini sebanyak  186 pesakit demam denggi dirawat di hospital berkenaan. - Bernama

Sumber adalah daripada
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/ajak-masyarakat-basmi-denggi-1.305040 0 comments

7 tapak binaan didenda

JULIZA MOHD SAAD

0 comments

Basmi denggi tanggungjawab bersama

WARTAWAN SINAR HARIAN

0 comments

JKNT lancar 'Jom Ganyang Aedes'

5 September 2014


KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini melancarkan gotong-royong perdana 'Jom Ganyang Aedes' di seluruh negeri berikutan peningkatan kes demam denggi di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata gotong-royong perdana itu diadakan serentak di lima kawasan di tiga daerah yang dikenal pasti sebagai kawasan yang mencatatkan peningkatan kes demam denggi.

"Tiga kawasan wabak yang dikenal pasti di Kuala Terengganu ialah Kampung Ladang Titian, Kampung Pengadang Buloh dan Jalan Budiman, Batu Burok.

"Manakala dua lagi kawasan ialah di Kampung Seberang Kastam dekat Besut dan Kampung Sura Tengah di Dungun," katanya kepada pemberita pada majlis gotong-royong di sini hari ini.

Gotong-royong itu turut disertai jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin dan masyarakat setempat.

Dr Anwa berkata, statistik menunjukkan sebanyak 757 kes denggi dilaporkan di seluruh negeri dari Januari hingga 30 Ogos lalu, berbanding 264 kes bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan 186.7 peratus.

"56 daripada keseluruhan 757 kes itu membabitkan demam denggi berdarah manakala 701 adalah denggi biasa dan pada tahun ini juga terdapat satu kes kematian akibat denggi berbanding tahun lalu yang tiada kematian dicatatkan," katanya.

Katanya tiga daerah yang mencatatkan peningkatan kes tertinggi di negeri ini ialah Kuala Terengganu iaitu sebanyak 495 kes, diikuti Besut (74) dan Dungun (81).

"Kuala Terengganu mencatat peningkatan paling ketara iaitu melebihi 511 peratus manakala Besut mencatat peningkatan 311 peratus diikuti Kemaman (78.6 peratus) dan Marang (63.6 peratus)," katanya. - Bernama

Sumber adalah daripada
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/jknt-lancar-jom-ganyang-aedes-1.314088 0 comments

Aedes membiak atas tangki

NUR FARHANA ABDUL MANAN

0 comments

934 premis dikompaun






KUALA TERENGGANU - Sebanyak 934 daripada 156,622 premis yang diperiksa sejak awal tahun hingga 3 September lalu dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 kerana dikesan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, pemeriksaan dijalankan pihak jabatan dalam usaha menangani wabak denggi daripada terus menular di negeri ini.

“Pemilik premis yang didapati gagal mematuhi arahan dikenakan kompaun sebanyak RM500 dan mereka diberi tempoh selama dua minggu untuk menjelaskan bayaran kompaun tersebut di mana-mana pejabat kesihatan daerah.

“Selain mengenakan kompaun, kita juga telah mengeluarkan notis atau amaran pembersihan iaitu arahan untuk membersihkan rumah masing-masing di bawah Seksyen 8, akta sama kepada 7,174 buah premis lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Ops Mega: Jom Ganyang Aedes 2014 peringkat negeri di Kampung Ladang Titian yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah di sini, semalam.

Selain Kampung Ladang Titian, lokaliti Ops Mega itu turut dilaksanakan di empat lagi kawasan dalam daerah ini iaitu Kampung Tanjung Kapor, Kampung Nesan 4, Tanjung Pantai dan Kampung Ladang Gemilang.

Pada masa sama, lima kawasan di Kemaman, empat di Besut, dua di Dungun serta masing-masing satu di Marang, Setiu dan Hulu Terengganu turut melancarkan operasi yang sama secara serentak, semalam.

Dr Anwa berkata, meskipun penularan wabak denggi agak membimbangkan di negeri ini, Terengganu masih menduduki tempat ketujuh daripada 13 negeri dari segi bilangan peningkatan kes wabak denggi di negara ini.

Katanya, pencapaian itu boleh dianggap baik berbanding untuk tempoh sama tahun lepas, apabila negeri ini menduduki antara ranking terbawah dari segi bilangan peningkatan untuk kes yang sama.

Sementara itu, Mazlan berkata, kerajaan negeri kini sedang menggiatkan usaha memerangi denggi secara menyeluruh selepas perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat jawatankuasa berkaitan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 24 Ogos lalu.

“Hasil mesyuarat itu, Datuk (Ahmad Razif) dan kerajaan negeri bersetuju supaya gotong-royong ini (memerangi denggi) diperbanyakkan dan dibuat secara berkala oleh jabatan kerajaan dan masyarakat setempat,” katanya.

Sumber Daripada
0 comments