Sakit Adalah Ujian DariNYA. Namun, Menjaga Kesihatan Adalah Tanggngjawab kita. Nyahkan Aedes.. Tiada Denggi. Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati.
RSS

Pages

934 premis dikompaun






KUALA TERENGGANU - Sebanyak 934 daripada 156,622 premis yang diperiksa sejak awal tahun hingga 3 September lalu dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 kerana dikesan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, pemeriksaan dijalankan pihak jabatan dalam usaha menangani wabak denggi daripada terus menular di negeri ini.

“Pemilik premis yang didapati gagal mematuhi arahan dikenakan kompaun sebanyak RM500 dan mereka diberi tempoh selama dua minggu untuk menjelaskan bayaran kompaun tersebut di mana-mana pejabat kesihatan daerah.

“Selain mengenakan kompaun, kita juga telah mengeluarkan notis atau amaran pembersihan iaitu arahan untuk membersihkan rumah masing-masing di bawah Seksyen 8, akta sama kepada 7,174 buah premis lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Ops Mega: Jom Ganyang Aedes 2014 peringkat negeri di Kampung Ladang Titian yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah di sini, semalam.

Selain Kampung Ladang Titian, lokaliti Ops Mega itu turut dilaksanakan di empat lagi kawasan dalam daerah ini iaitu Kampung Tanjung Kapor, Kampung Nesan 4, Tanjung Pantai dan Kampung Ladang Gemilang.

Pada masa sama, lima kawasan di Kemaman, empat di Besut, dua di Dungun serta masing-masing satu di Marang, Setiu dan Hulu Terengganu turut melancarkan operasi yang sama secara serentak, semalam.

Dr Anwa berkata, meskipun penularan wabak denggi agak membimbangkan di negeri ini, Terengganu masih menduduki tempat ketujuh daripada 13 negeri dari segi bilangan peningkatan kes wabak denggi di negara ini.

Katanya, pencapaian itu boleh dianggap baik berbanding untuk tempoh sama tahun lepas, apabila negeri ini menduduki antara ranking terbawah dari segi bilangan peningkatan untuk kes yang sama.

Sementara itu, Mazlan berkata, kerajaan negeri kini sedang menggiatkan usaha memerangi denggi secara menyeluruh selepas perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat jawatankuasa berkaitan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 24 Ogos lalu.

“Hasil mesyuarat itu, Datuk (Ahmad Razif) dan kerajaan negeri bersetuju supaya gotong-royong ini (memerangi denggi) diperbanyakkan dan dibuat secara berkala oleh jabatan kerajaan dan masyarakat setempat,” katanya.

Sumber Daripada

0 comments:

Post a Comment