Sakit Adalah Ujian DariNYA. Namun, Menjaga Kesihatan Adalah Tanggngjawab kita. Nyahkan Aedes.. Tiada Denggi. Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati.
RSS

Pages

VIDEO-VIDEO AKTIVITI DENGUE PATROL 2014

Sila klik pada pautan-pautan dibawah untuk menonton video yang telah kami uploadkan ke youtube sepanjang program dengue patrol dijalankan... ^_^..

TARIAN DENGGI SK PASIR AKAR

http://youtu.be/SDkMKpYSNyg
http://youtu.be/CzNS-JAFGQk

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA AYUH GEMPUR AEDES

http://youtu.be/uq9OcuxFj4o
http://youtu.be/4xiJvb83tBA
http://youtu.be/2KiGEWTPYKc
http://youtu.be/OVR_aj7dJQU
http://youtu.be/vekX10JxYMc

PROGRAM GOTONG ROYONG JELAJAH KAMPUNG

http://youtu.be/EJJ79dQ_i14
http://youtu.be/O-0JX-u26jE
http://youtu.be/cpDgxWwnlaY
http://youtu.be/S42sQplxfeY


PERTANDINGAN MELUKIS KARTUN

http://youtu.be/DVyuLvP_3jU

DIKIR NYAMUK DAN SKETSA NYAMUK AEDES

Dikir :
http://youtu.be/tmUoNSmmvfk

Sketsa :
http://youtu.be/wZ29sOvK0J8

CERAMAH KHAS AEDES DAN DENGGI
http://youtu.be/sCY_Qpi8TyI

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM DENGUE PATROL 2014

http://youtu.be/N3vaKfCJ-CI
http://youtu.be/HtY9XEswgjY
http://youtu.be/d-q47BQ2g9o

1 comments

VIDEO SK PASIR AKAR DENGUE PATROL 2014

Alhamdulillah.. Program Patrol Denggi 2014 Peringkat Kebangsaan telah kami laksanakan dengan jayanya.. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam program ini. Terima Kasih juga buat pihak SANOFI kerana membuka peluang ini kepada kami. Juga jutaan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga kita mendapat manfaat yang berguna dan meningkatkan kesedaran kita tentang bahaya AEDES & DENGGI.. saksikanlah video yang berdurasi selama 3 minit sebagai tribute kepada aktivit-aktiviti yang telah kami jalankan sepanjang program ini berlangsung. KAMI BOLEH!! KITA BOLEH!!! NO AEDES NO DENGGI!!

Sila klik pada pautan dibawah untuk menonton video.... ^_^

http://youtu.be/Qm8sSuAjwgU 1 comments

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN : PROGRAM DENGUE PATROL SK PASIR AKAR

PROGRAM "AYUH GEMPUR AEDES "

BERJIHAD MEMBANTERAS AEDES

1 comments

Ajak masyarakat basmi denggi

5 Ogos 2014

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan hari ini meminta semua pemimpin parti politik di negeri itu menggunakan pengaruh mereka untuk mengajak masyarakat menangani wabak denggi yang semakin serius.
   
Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata pemimpin politik boleh berbuat demikian dengan mengajak masyarakat turun padang bersama agensi kerajaan dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihakan kawasan.
   
"Permasalahan ini memerlukan kerjasama semua pihak dan kita harapkan dengan pengaruh yang ada semua lapisan masyarakat dapat turun padang untuk membantu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan terhadap pesakit denggi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.
   
Katanya, cuaca yang tidak menentu menjadi punca pembiakan nyamuk aedes yang aktif dan menggesa masyarakat sentiasa berwaspada selain mengutamakan kebersihan di sekeliling rumah kediaman masing-masing.
   
Setakat ini sebanyak  186 pesakit demam denggi dirawat di hospital berkenaan. - Bernama

Sumber adalah daripada
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/ajak-masyarakat-basmi-denggi-1.305040 0 comments

7 tapak binaan didenda

JULIZA MOHD SAAD

0 comments

Basmi denggi tanggungjawab bersama

WARTAWAN SINAR HARIAN

0 comments

JKNT lancar 'Jom Ganyang Aedes'

5 September 2014


KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini melancarkan gotong-royong perdana 'Jom Ganyang Aedes' di seluruh negeri berikutan peningkatan kes demam denggi di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata gotong-royong perdana itu diadakan serentak di lima kawasan di tiga daerah yang dikenal pasti sebagai kawasan yang mencatatkan peningkatan kes demam denggi.

"Tiga kawasan wabak yang dikenal pasti di Kuala Terengganu ialah Kampung Ladang Titian, Kampung Pengadang Buloh dan Jalan Budiman, Batu Burok.

"Manakala dua lagi kawasan ialah di Kampung Seberang Kastam dekat Besut dan Kampung Sura Tengah di Dungun," katanya kepada pemberita pada majlis gotong-royong di sini hari ini.

Gotong-royong itu turut disertai jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin dan masyarakat setempat.

Dr Anwa berkata, statistik menunjukkan sebanyak 757 kes denggi dilaporkan di seluruh negeri dari Januari hingga 30 Ogos lalu, berbanding 264 kes bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan 186.7 peratus.

"56 daripada keseluruhan 757 kes itu membabitkan demam denggi berdarah manakala 701 adalah denggi biasa dan pada tahun ini juga terdapat satu kes kematian akibat denggi berbanding tahun lalu yang tiada kematian dicatatkan," katanya.

Katanya tiga daerah yang mencatatkan peningkatan kes tertinggi di negeri ini ialah Kuala Terengganu iaitu sebanyak 495 kes, diikuti Besut (74) dan Dungun (81).

"Kuala Terengganu mencatat peningkatan paling ketara iaitu melebihi 511 peratus manakala Besut mencatat peningkatan 311 peratus diikuti Kemaman (78.6 peratus) dan Marang (63.6 peratus)," katanya. - Bernama

Sumber adalah daripada
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/jknt-lancar-jom-ganyang-aedes-1.314088 0 comments

Aedes membiak atas tangki

NUR FARHANA ABDUL MANAN

0 comments

934 premis dikompaun






KUALA TERENGGANU - Sebanyak 934 daripada 156,622 premis yang diperiksa sejak awal tahun hingga 3 September lalu dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 kerana dikesan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, pemeriksaan dijalankan pihak jabatan dalam usaha menangani wabak denggi daripada terus menular di negeri ini.

“Pemilik premis yang didapati gagal mematuhi arahan dikenakan kompaun sebanyak RM500 dan mereka diberi tempoh selama dua minggu untuk menjelaskan bayaran kompaun tersebut di mana-mana pejabat kesihatan daerah.

“Selain mengenakan kompaun, kita juga telah mengeluarkan notis atau amaran pembersihan iaitu arahan untuk membersihkan rumah masing-masing di bawah Seksyen 8, akta sama kepada 7,174 buah premis lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Ops Mega: Jom Ganyang Aedes 2014 peringkat negeri di Kampung Ladang Titian yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah di sini, semalam.

Selain Kampung Ladang Titian, lokaliti Ops Mega itu turut dilaksanakan di empat lagi kawasan dalam daerah ini iaitu Kampung Tanjung Kapor, Kampung Nesan 4, Tanjung Pantai dan Kampung Ladang Gemilang.

Pada masa sama, lima kawasan di Kemaman, empat di Besut, dua di Dungun serta masing-masing satu di Marang, Setiu dan Hulu Terengganu turut melancarkan operasi yang sama secara serentak, semalam.

Dr Anwa berkata, meskipun penularan wabak denggi agak membimbangkan di negeri ini, Terengganu masih menduduki tempat ketujuh daripada 13 negeri dari segi bilangan peningkatan kes wabak denggi di negara ini.

Katanya, pencapaian itu boleh dianggap baik berbanding untuk tempoh sama tahun lepas, apabila negeri ini menduduki antara ranking terbawah dari segi bilangan peningkatan untuk kes yang sama.

Sementara itu, Mazlan berkata, kerajaan negeri kini sedang menggiatkan usaha memerangi denggi secara menyeluruh selepas perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat jawatankuasa berkaitan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 24 Ogos lalu.

“Hasil mesyuarat itu, Datuk (Ahmad Razif) dan kerajaan negeri bersetuju supaya gotong-royong ini (memerangi denggi) diperbanyakkan dan dibuat secara berkala oleh jabatan kerajaan dan masyarakat setempat,” katanya.

Sumber Daripada
0 comments

PENGENALAN KEPADA DENGUE PATROL



Assalamualaikum w.k.t...

Bermula 1 JULAI 2014, maka dengan rasminya bermulalah Program Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Sanofi Pasteur kerana telah memilih sekolah kami dalam menyertai program ini. Kami berbesar hati untuk mengikuti program ini dan merasa bangga kerana kami adalah satu-satunya sekolah yang terpilih mewakili negeri Terengganu. Untuk makluman, ini adalah pertama kali kami menyertai program ini. Dan kami merasa bertuah kerana terpilih dalam senarai 30 buah sekolah diseluruh Malaysia yang berjaya mara ke peringkat akhir. 






PROGRAM DENGUE PATROL

merupakan  program pencegahan denggi yang ditaja oleh Sanofi iaitu sebuah badan bukan kerajaan. Ia merupakan sebuah program usahasama Kementerian Kesihatan , Kementerian Pelajaran dan Sanofi. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah memerangi denggi. Oleh hal yang demikian, tertubuhlah Dengue Patrol Squad bagi sekolah yang terlibat dengan bilangan ahlinya 30 orang murid. Ahli squad Denggi akan menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Denggi yang melibatkan semua lapisan masyarakat. Hal ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahanya Denggi dan cara-cara untuk mencegahnya.


0 comments

Kitaran Hidup Nyamuk Aedes






Untuk Melihat Video Kitaran Hidup Nyamuk Aedes sila klik pada pautan dibawah :)

Kitaran Hidup Nyamuk Aedes 0 comments

7 Langkah Tangani Wabak Denggi

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan melaksanakan tujuh langkah bagi menangani wabak denggi yang semakin kritikal sejak kebelakangan ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, tujuh langkah itu diputuskan melalui satu mesyuarat yang disertai penyelidik, pakar klinikal dan agensi lain baru-baru ini.
“Antara langkah yang akan dilaksanakan adalah semburan kabus secara kombinasi iaitu menggunakan racun serangga (insecticide) dan temephos bagi membunuh nyamuk dewasa dan larva secara serentak bagi memastikan aktiviti kawalan lebih berkesan di kawasan `hotspot’.
“Langkah kedua pemantauan rapi di kawasan berwabak dengan memastikan pegawai setiap daerah dan negeri turun padang dan setiap Pejabat Kesihatan Daerah serta Jabatan Kesihatan Negeri mengenal pasti punca punca pembiakan utama termasuk di tapak tapak binaan dan memfokus intervensi mengikut masalah setempat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Subramaniam berkata, langkah seterusnya adalah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan agar kesedaran masyarakat terhadap menghapuskan tempat tempat pembiakan di praktikkan dalam amalan harian.
Katanya, Kementerian Kesihatan akan turut mengadakan gotong-royong secara serentak di sepuluh lokaliti `hotspots’ pada awal Mac ini dan meningkatkan kesedaran masyarakat bagi melindungi diri gigitan nyamuk melalui penggunaan repellen dan penggunaan aerosol.
Tambahnya, aktiviti kawalan melalui pengurangan sumber pembiakan aedes yang lebih menyeluruh dilokaliti melalui penglibatan semua agensi akan turut dilakukan dan langkah itu diyakini berkesan dalam kawalan denggi untuk tempoh yang lebih lama.
“Diharapkan dengan perlaksanaan perkara-perkara ini, ianya dapat mengekang peningkatan kes dan kematian denggi yang berlaku pada ketika ini.
“Bagaimanapun cara paling berkesan mencegah denggi adalah mempastikan tiada nyamuk aedes di persekitaran kita. Oleh itu, saya ingin menyeru semua masyarakat meningkatkan aktiviti mencari dan menghapuskan tempat pembiakan aedes setiap minggu dan menjaga kebersihaan dalam rumah serta persekitaran,” katanya. – mynewshub.my
0 comments

9 Tanda Demam Denggi

Demam denggi berpunca daripada penyebaran virus denggi oleh nyamuk Aedes betina. Ia kemudiannya merebak melalui gigitan nyamuk Aedes individu yang telah dijangkiti virus denggi kepada individu lain yang sihat. 


Berikut adalah 9 tanda kita telah digigit nyamuk Aedes


~ Cirit-birit

~ Demam secara mengejut

~ Loya dan muntah-muntah

~ Ruam dan gatal-gatal 
         ~ Sakit bahagian belakang biji mata
~ Sakit kepala yang teruk

~ Sakit otot dan sendi yang teruk

~ Sakit perut

~ Sakit pinggang yang teruk (demam tulang pecah)

Tanda-tanda di atas biasanya akan dirasai sekitar 5 atau 6 hari selepas terkena gigitan. Sekiranya mengalami mana-mana tanda di atas, segeralah berjumpa doktor. selain itu, marilah kita bersama-sama mencegahnya. MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI. 



NO AEDES NO DENGUE


0 comments

Apa Itu Denggi

Apa Itu Denggi

Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.
Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?
Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.
Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:
· Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
· Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.
Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?
Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.
Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih .
Apakah gejala denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.
Demam Denggi
· Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
· Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.
· Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
· Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
· Kadar kematian amat rendah.
· Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
· Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
· Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
· Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
· Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)
Sindrom Renjatan Denggi
Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:
Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.
Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.
Apakah komplikasi yang mungkin timbul?
Komplikasi demam denggi ialah :
  • Demam Denggi Berdarah.
  • Sindrom Renjatan Denggi.
Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?
Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan
Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.
Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?
Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.
Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.
Rawatan bukan farmakologi
Rawatan termasuk:
· Meningkatkan pengambilan cecair.
· Meningkatkan bekalan oksigen.
Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.
Rawatan farmakologi
Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.
Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?
· Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:
· Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.
· Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
· Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.
Apakah prognosis bagi demam denggi?
Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal.
Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?
Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.
Bagaimana cara untuk mencegah denggi?
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.
Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk
Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.
Hapuskan nyamuk Aedes dewasa
Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.
Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?
Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.
Info daripada :
Unit Vektor, JKNPK
0 comments