Sakit Adalah Ujian DariNYA. Namun, Menjaga Kesihatan Adalah Tanggngjawab kita. Nyahkan Aedes.. Tiada Denggi. Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati.
RSS

Pages

Ajak masyarakat basmi denggi

5 Ogos 2014

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan hari ini meminta semua pemimpin parti politik di negeri itu menggunakan pengaruh mereka untuk mengajak masyarakat menangani wabak denggi yang semakin serius.
   
Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata pemimpin politik boleh berbuat demikian dengan mengajak masyarakat turun padang bersama agensi kerajaan dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihakan kawasan.
   
"Permasalahan ini memerlukan kerjasama semua pihak dan kita harapkan dengan pengaruh yang ada semua lapisan masyarakat dapat turun padang untuk membantu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan terhadap pesakit denggi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.
   
Katanya, cuaca yang tidak menentu menjadi punca pembiakan nyamuk aedes yang aktif dan menggesa masyarakat sentiasa berwaspada selain mengutamakan kebersihan di sekeliling rumah kediaman masing-masing.
   
Setakat ini sebanyak  186 pesakit demam denggi dirawat di hospital berkenaan. - Bernama

Sumber adalah daripada
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/ajak-masyarakat-basmi-denggi-1.305040

0 comments:

Post a Comment