22 Julai 2014
KLUANG - Tujuh tapak pembinaan di sekitar daerah ini dikenakan 13 denda dan lima notis dalam Ops Gempur Aedes 2014 yang dijalankan Pejabat Kesihatan daerah Kluang, di sini, semalam.
Operasi berkenaan menumpukan kawasan tapak pembinaan yang dikenal pasti menjadi salah satu penyumbang utama denggi yang dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Pegawai Kesihatan Daerah Kluang, Dr Mohamad Nizam Subahir berkata, hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, pihaknya mendapati banyak kawasan longgokkan bahan terbuang di tapak binaan yang menjadi peyumbang pembiakan nyamuk pembawa maut itu.
“Syarikat kontraktor yang terbabit dikenakan denda di bawah Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan boleh dikenakan denda RM500 bagi setiap satu kesalahan.
“Turut dikeluarkan, sebanyak lima notis di bawah Seksyen 8 iaitu arahan pembersihan di kawasan tapak pembinaan agar tiada lagi tempat takungan yang boleh menjadi lokasi pembiakan aedes,” katanya.
Operasi Gempur berkenaan turut melibatkan agensi lain seperti Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Pusat Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Am (PPSPPA).
Mohd Nizam menyeru semua syarikat pembinaan menghapuskan tempat pembiakan aedes agar denggi dapat dikurangkan di daerah ini.
“Saya juga ingin berpesan kepada mereka yang mahubercuti lama, khususnya di tapak pembinaan agar membersihkan terlebih dahulu tempat menakung air kerana nyamuk ini mampu bertelur dan menetas dalam masa kurang tujuh hari.
“Kita perlu mencegah sebelum ia menjadi lebih serius dan tindakan tegas akan diambil kepada pemilik syarikat menjalankan projek tanpa mengendahkan langkah keselamatan ditetapkan,” katanya.

Sumber adalah daripada
0 comments:
Post a Comment