18 Ogos 2014
KULAIJAYA - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggesa masyarakat bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha mencegah penularan wabak denggi.
Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, masyarakat perlu mengambil berat kes penularan wabak denggi di negara ini pada masa kini, sekali gus bertindak sewajarnya membasmi pembiakan nyamuk Aedes.
“Ia bukan menjadi tanggungjawab PBT semata-mata untuk membersihkan sampah, tempat pembiakan nyamuk Aedes sebagainya, tetapi tanggungjawab kita bersama.
“Masyarakat tidak kira di kampung dan taman di dalam kawasan operasi serta kawalan PBT perlu turut serta. Ambil berat mengenai kes denggi dan lakukan pemeriksaan di sekeliling kawasan perumahan,” katanya di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Tenggara di Bandar Tenggara, di sini malam kelmarin.
Halimah berkata, segala usaha dilakukan oleh kerajaan, PBT dan agensi bertanggungjawab tidak akan bermakna tanpa sokongan serta kerjasama daripada masyarakat.
“Ada antara masyarakat yang enggan memberi kerjasama ketika pegawai dari Jabatan Kesihatan membuat semburan kabus (fogging) dan menganjurkan gotong-royong kerana melepaskan tanggungjawab kepada PBT.
“Ini kerana pada pandangan mereka, tanggungjawab itu diletakkan kepada PBT mereka mereka membayar cukai. Sebenarnya, kalau setiap individu boleh menjaga kebersihan secara bersama, ia membantu kepada usaha mengurang dan menghapuskan tempat pembiakan Aedes,” katanya.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Denggi peringkat kebangsaan pada minggu lalu, telah memberikan arahan bagi menangani permasalahan berkenaan.
“Beliau (Muhyiddin) melihat kerjasama semua kementerian berkaitan amat diperlukan kerana permasalahan ini adalah isu kebersamaan dan bukannya isu masing-masing. Jadi langkah bersepadu melibatkan kementerian terlibat amat diperlukan.
“Selain itu, PBT di setiap negeri khususnya empat negeri yang mempunyai kadar kes demam denggi tertinggi iaitu Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan sudah diarahkan kenalpasti kawasan hotspot serta mempertingkatkan pengawasan serta penguatkuasaan,” katanya.

Sumber adalah daripada
0 comments:
Post a Comment