- PELANCARAN “AYUH GEMPUR AEDES”.
Tanggal 2 Julai 2014, telah dilaksanakan
Pelancaran “Ayuh Gempur Aedes”.
Pelancaran “ Ayuh Gempur Aedes “ telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah Encik Suzokepli bin Yusof. Turut dijemput ialah Penolong
Pegawai Kesihatan Persekitaran, Encik Baharudeen Mohamad yang telah
menyampaikan ceramah tentang bahaya denggi. Selain itu Yang Dipertua PIBG
bersama ahli jawatankuasanya turut hadir bagi memberi sokongan dalam
pelaksanaan Program Dengue Patrol.
Selain ceramah Bahaya Denggi, Unit Promosi
Kesihatan juga turut hadir dan mengadakan pameran denggi, Banyak info yang
diperolehi oleh warga sekolah dan para hadirin yang dijemput.
Gimik bagi pelancaran “Ayuh Gempur Aedes” ialah
melakukan pembakaran seekor replika nyamuk yang dibuat daripada kertas dan
tangkai buah kelapa. Murid-murid sangat seronok dengan gimik yang dilakukan dan
mereka kelihatan bersemangat untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes
di kawasan sekolah dan juga di kawasan tempat tinggal mereka.
Di samping itu, bagi meninggalkan kesan yang
mendalam di hati hadirin, tentang bahayanya denggi telah diadakan aktiviti
sketsa berkaitan denggi dan juga dikir barat. Ahli-ahli Dengue Patrol dengan
kerjasama Kelab Doktor Muda SKPA telah berlatih beberapa hari sebelum majlis
pelancaran tersebut. Persembahan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Akhir sekali, kakitangan Pejabat Kesihatan Persekitaran Daerah Besut telah
membawa ahli-ahli Dengue Patrol ke kawasan sekolah bagi mengenalpasti tempat
pembiakan nyamuk aedes dan menyatakan bagaimana menghapuskannya. Ini kerana
mencegah itu lebih baik daripada mengubat.
Gimik Pemabakaran Replika Nyamuk Aedes sebagai
simbolik kepada Program "Ayuh Gempur Aedes"
oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Encik Suzokepli bin Yusof |
Perasmian Oleh Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah Encik Suzokepli bin Yusof
|
Ceramah Bahaya Denggi yang disampaikan oleh
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Encik Baharudeen Mohamad |
Memandangkan kami berada di pantai timur, DIKIR BARAT dan SKETSA menjadi medium untuk menyampaikan info tentang BAHAYA DENGGI kepada masyarakat setempat. Medium ini lebih mudah difahami dan lebih dekat dengan masyarakat setempat. Saksikanlah persembahan dari ahli Dengue Patrol sempena pelancaran program AYUH GEMPUR AEDES!!!.. sila klik link dibawah untuk menonton. Selamat menonton kami ucapkan. Semoga kia semua mendapat info dan manfaat. ^_^
- http://www.youtube.com/watch?v=tmUoNSmmvfk ( DIKIR BARAT )
- · http://www.youtube.com/watch?v=wZ29sOvK0J8 ( SKETSA )







0 comments:
Post a Comment