Sakit Adalah Ujian DariNYA. Namun, Menjaga Kesihatan Adalah Tanggngjawab kita. Nyahkan Aedes.. Tiada Denggi. Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati.
RSS

Pages

AKTIVITI


  • PELANCARAN PROGRAM DENGUE PATROL


Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah melaksanakan pelancaran Program Dengue Patrol di peringkat sekolah pada 1 Julai 2014. Pelancaran Program ini disempurnakan oleh Tuan Haji Rosmi Abdullah selaku Guru Besar SKPA dan dihadiri oleh semua guru Penolong Kanan, guru-guru, kakitangan, pekerja dan murid-murid sekolah. Pada hari tersebut Guru Besar SKPA telah memberi taklimat dan penerangan mengenai program Dengue Patrol di tempat perhimpunan. Beliau juga memberi penerangan tentang bahaya demam denggi dan menyeru warga sekolah agar bersama-sama menghapuskan tempat pembiakan aedes.

Guru Penasihat Puan Zinon @ Zainon memberi taklimat awal tentang program Dengue Patrol di samping menyatakan ciri-ciri yang perlu ada pada ahli Dengue Patrol.


TIADA AEDES TIADA DENGGI



Sekitar Pelancaran Program Dengue Patrol yang dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Pasir Akar


  • PELANCARAN “AYUH GEMPUR AEDES”.

Tanggal 2 Julai 2014, telah dilaksanakan PelancaranAyuh Gempur Aedes”. Pelancaran “ Ayuh Gempur Aedes “ telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Encik Suzokepli bin Yusof. Turut dijemput ialah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Encik Baharudeen Mohamad yang telah menyampaikan ceramah tentang bahaya denggi. Selain itu Yang Dipertua PIBG bersama ahli jawatankuasanya turut hadir bagi memberi sokongan dalam pelaksanaan Program Dengue Patrol.

Selain ceramah Bahaya Denggi, Unit Promosi Kesihatan juga turut hadir dan mengadakan pameran denggi, Banyak info yang diperolehi oleh warga sekolah dan para hadirin yang dijemput.

Gimik bagi pelancaran “Ayuh Gempur Aedes” ialah melakukan pembakaran seekor replika nyamuk yang dibuat daripada kertas dan tangkai buah kelapa. Murid-murid sangat seronok dengan gimik yang dilakukan dan mereka kelihatan bersemangat untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan sekolah dan juga di kawasan tempat tinggal mereka.

Di samping itu, bagi meninggalkan kesan yang mendalam di hati hadirin, tentang bahayanya denggi telah diadakan aktiviti sketsa berkaitan denggi dan juga dikir barat. Ahli-ahli Dengue Patrol dengan kerjasama Kelab Doktor Muda SKPA telah berlatih beberapa hari sebelum majlis pelancaran tersebut. Persembahan itu dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Akhir sekali, kakitangan Pejabat Kesihatan Persekitaran Daerah Besut telah membawa ahli-ahli Dengue Patrol ke kawasan sekolah bagi mengenalpasti tempat pembiakan nyamuk aedes dan menyatakan bagaimana menghapuskannya. Ini kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubat.


Gimik Pemabakaran Replika Nyamuk Aedes sebagai simbolik kepada Program "Ayuh Gempur Aedes"
oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Encik Suzokepli bin Yusof

Antara tetamu VIP yang hadir.
Perasmian Oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Encik Suzokepli bin Yusof
Bacaan Doa dibawah pimpinan Ustaz Ridhuan Al-Ghazali
Ucapan daripada Tuan Guru Besar sk Pasir Akar
Ceramah Bahaya Denggi yang disampaikan oleh
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Encik Baharudeen Mohamad

Memandangkan kami berada di pantai timur, DIKIR BARAT dan SKETSA menjadi medium untuk menyampaikan info tentang BAHAYA DENGGI kepada masyarakat setempat. Medium ini lebih mudah difahami dan lebih dekat dengan masyarakat setempat. Saksikanlah persembahan dari ahli Dengue Patrol sempena pelancaran program AYUH GEMPUR AEDES!!!.. sila klik link dibawah untuk menonton. Selamat menonton kami ucapkan. Semoga kia semua mendapat info dan manfaat. ^_^


  • PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA DENGUE PATROL


Pada 2 Julai 2014  setelah tamat waktu sekolah juga diadakan pelantikan Ahlijawatankuasa Dengue Patrol bagi melancarkan perjalanan program tersebut. Ahli Dengue Patrol SKPA seramai 30 orang yang terdiri daripada 15 orang tahun lima dan 15 Orang tahun empat. AJK Dengue Patrol peringkat Sekolah Kebangsaan Pasir Akar seperti berikut:

Pengerusi                : Norizham Haikal bin Mohd Rusaimi             (5A)
Naib Pengerusi      :  Siti Nurmaisarah bt. Che Halim                     (5A)
Setiausaha              : Syedin Mohd Hanif bin Manzolkipli              (5A)
Bendahari                :  Nurul Latifah bt. Salleh @ Mohd Sidek      (5A)
AJK                            1.  Adam Haziq bin Khairunizam                    (5A)
                                    2. Nur Izian Liana bt. Zainuddin                      (5A)
                                    3. Muhammad Aizat bin Mohd Hafizi             (4A)
                                    4. Nur Nadiatul Najwa bt. Norhamda             (4A)

Puan Zinon @ Zainon bt. Jusoh selaku guru penasihat 2 memberi taklimat kepada ahli Dengue Patrol mengenai tugasan yang sepatunya dilakukan oleh mereka bagi menjayakan program Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan.


Selain itu, ahli-ahli Dengue Patrol juga diminta menjawab soalan soal selidik Pra yang diwajibkan kepada semua sekolah yang menyertai Program Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan 2014. 


Ahli Jawatankuasa Pelajar Skuad Dengue Patrol SK Pasir Akar 2014




Ahli Skuad Dengue Patrol mendengar taklimat ringkas tentang program
KAMILAH AHLI DENGUE PATROL SK PASIR AKAR 2014. AJA-AJA FIGHTING!!!
Soal Selidik Pra Bermula.



Buat  pertama kali Soalan Soal Selidik Dibuka.


Ahli DP menjawab soalan soal selidik PRA


Guru Penasihat mengawasi Ahli DP menjawab soalan
Soalan Soal Selidik yang telah selesai dijawab.






  • PEMANTAUAN OLEH PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

Tanggal 9 Julai 2014, Sekolah kebangsaan Pasir Akar telah didatangi oleh Tn. Hj.  Ismail bin Embong, Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk memantau sejauh mana pelaksanaan Program Dengue Patrol telah dijalankan. Kehadiran beliau sedikit sebanyak telah menyuntik semangat kepada pihak kami untuk berusaha dengan lebih gigih lagi dalam menjayakan program Dengue Patrol agar objektif utamanya menyedarkan warga sekolah dan komuniti tentang bahaya denggi tercapai.

Tn. Hj. Ismail Embong telah memberi pelbagai pandangan dan penambahbaikan dalam melaksanakan program Dengue patrol Peringkat Kebangsaan ini. Terima kasih kepada Tn. Hj. Ismail bin Embong.



Tn. Hj Ismail Bin Embong bersama dgn Penyelaras dan Setiausaha 
Program Dengue Patrol melawat ruang info denggi SKPA. Turut serta ialah
Pk Ko SKPA En. Ab Razak Bin Saad


  • AKTIVITI PAMERAN


Bagi menggempurkan lagi bahaya denggi, ahli Dengue Patrol bekerjasama dengan ahli Kelab Doktor Muda mengadakan pameran di beberapa tempat dalam kawasan sekolah agar semua murid, guru-guru, kakitangan dan para pekerja peka tentang bahaya denggi dan sanggup menggembeling tenaga bekerjasama menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes sama ada di sekolah atau di kawasan tempat tinggal masing-masing.

Pameran tentang denggi telah diadakan di bilik Doktor Muda, di Anjung Sihat, di lorong-lorong tempat laluan murid, di kantin dan seterusnya di dalam kelas masing-masing termasuk kelas Pra dan kelas PPKI. Adalah diharapkan dengan adanya info denggi di setiap tempat dalam kawasan sekolah memberi pengetahuan dan kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan mereka mencegah tempat pembiakan aedes dan apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menghapuskan tempat pembiakan aedes. Aktiviti ini dilaksanakan dari masa ke semasa bermula 8 julai 2014. 



BILIK DOKTOR MUDA

Keadaan bilik sebelum diubahsuai.









  Proses pengubahsuain dilaksanakan dengan penuh semangat.
TADAAAA!!!! Inilah Hasilnya selepas bertungkus lumus menyiapkannya.

ANJUNG SIHAT



Proses meyiapkan SUDUT INFO DENGGI di ANJUNG SIHAT. 
Ahli DenguePatrol dan Para Guru Penyelaras bekerjasama 
menyiapkan sudut ini.

PAHLAWAN PEMBANTERAS AEDES.. ^_^

DAH SIAP!!!


LALUAN JALAN KAKI





Info tentang denggi boleh dibaca di laluan2 utama pejalan kaki. Ia
memudahkan warga sekolah untuk mendapatkan maklumat. 
BILIK DARJAH / KANTIN 






  • MEMBINA MODEL NYAMUK

Pembinaan model nyamuk bermula pada 15 Julai 2014 dan disambung lagi pada 17 Julai setelah tamat waktu sekolah. Pembinaan model nyamuk ini akan berterusan sehingga siap dan akan digantung di sudut pameran Anjung Sihat. Mudah-mudahan dengan membina model nyamuk dapat menambahkan lagi pemahaman ahli Dengue Patrol tentang sifat-sifat nyamuk aedes. Pembinaan model nyamuk ini dibimbing oleh Encik Mohd Yunus bin Mat Yusoff guru kelas PPKI bersama jawatankuasa Dengue Patrol.
Alatan yang digunakan untuk membina model nyamuk ialah sabut, dawai, kain warna hitam, benang hitam dan liquid paper. Penggunaan bahan buangan ini sudah tentu dapat menjimatkan perbelanjaan. 



Cikgu Mohd Yunus sedang menunjukkan cara membuat model nyamuk kepada
ahli Dengue Patrol.



Aktiviti membina model nyamuk diteruskan dengan menggunakan sabut kelapa.. check it out guys.. ^_^













  • AKTIVITI TARIAN DENGGI

Aktiviti ini telah diperkenalkan kepada ahli Dengue Patrol ketika guru penasihat memberi taklimat pada 2 Julai 2014. Ahli Dengue Patrol telah menonton video tarian denggi yang telah dibekalkan oleh pihak Sanofi dan cuba melakukannya.

Tanggal 6 Ogos 2014, satu taklimat tentang Tarian Denggi telah diadakan di bilik mesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa tarian denggi. Seterusnya pada 9 Ogos 2014 diadakan latihan pertama tarian denggi secara intensif bermula pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi. Ahli-ahli Dengue Patrol kelihatan amat seronok walaupun mereka keletihan. Begitu juga dengan guru-guru yang sangat bersemangat melatih ahli Dengue Patrol walaupun terpaksa membawa anak-anak kecil. Terima kasih untuk semua. 



LATIHAN ( HARI PERTAMA )














Latihan SenamRobik Tarian Denggi dibawah seliaan cikgu Nazri. 



LATIHAN ( HARI KE 2 )

Latihan kali ke 2 ini turut disertai oleh pelajar-pelajar lain selain daripada ahli Dengue Patrol. Masa yang diambil untuk latihan ini adalah waktu pendidikan jasmani. Tarian denggi akan diperkenalkan secara berperingkat kepada para pelajar. Ahli Dengue Patrol yang sudah menguasai tarian ini memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar yang lain.


Ahli Dengue Patrol mengajar Pelajar menari tarian denggi






Latihan tarian oleh Ahli Dengue Patrol bersama pelajar Sk Pasir Akar
yang lain.


LATIHAN ( HARI KE 3 )

Latihan kali ke 3 ini diadakan di Astaka Sekolah. Hal ini adalah untuk membiasakan ahli DP melakukan tarian diatas Astaka ini sempena program GOTONG ROYONG PERDANA AYUH GEMPUR AEDES yang akan dilaksanakan kelak. mereka akan menjadi model tarian yang akan diikuti oleh semua yang hadir pada hari tersebut.




LATIHAN ( HARI KE 4 )


latihan demi latihan yang telah dilaksanakan menunjukkan perkembangan positif dikalangan ahli DP. selain daripada itu, ia juga turut menarik minat pelajar sekolah yang lain untuk turut serta melakukan tarian ini. 




Pergerakkan yang semakin " murni . Perkembangan positif dari ahli skuad.
Syabas!!



si cilik yang teruja mengikuti latihan tarian denggi.
sungguh comel mereka ini kan??

Saksikanlah aksi si cilik ini menari tarian denggi.. ^_^










LATIHAN 20 OGOS 2014




Saksikan video tarian denggi mereka.. semakin ada peningkatan.. ^_^




MEMBINA MODEL NYAMUK DENGAN MENGGUNAKAN KERTAS SURAT KHABAR LAMA













PERGERAKAN MASYARAKAT “ AYUH GEMPUR AEDES



Beberapa program telah diadakan bagi elemen Pergerakan Masyarakat “ Ayuh
Gempur Aedes” :


  • Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah 



Pada 24 Julai 2014 yang melibatkan guru-guru, pekerja-pekerja sekolah, ahli Dengue Patrol, Ahli Kelab Doktor Muda dan semua murid dari kelas Pra, Kelas PPKI dan murid-murid tahun satu hingga tahun enam.           

Kawasan yang dibersihkan sebagaimana lampiran yang disertakan meliputi seluruh kawasan sekolah.Mereka diberi tugas untuk menghapuskan kawasan-kawasan yang berisiko menakung air yang menyebabkan nyamuk aedes boleh membiak. 








  • Gotong-royong Perdana yang melibatkan pemimpin, NGO, warga sekolah dan masyarakat

Gotong-royong  Perdana ini telah diadakan pada 4 September 2014 menggantikan tarikh 14 Ogos 2014 yang tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan.
              Gotong-royong Perdana ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Nawi bin Mohamad Ketua UMNO Bahagian Besut yang juga ADUN Hulu Besut merangkap EXCO & Industri Asas Tani. Perusahaan, Perladangan & Komoditi.
              
Antara jabatan dan NGO yang terlibat ialah :
              i) Pejabat Daerah Besut
              ii) Majlis Daerah Besut
              iii) Pejabat Pendidikan Daerah Besut
              iv) Jabatan Bomba dan Penyelamat Besut
              v) Jabatan Pertahanan Awam Besut
              vi) Pejabat Perhutanan Besut
              vii) Pejabat Kesihatan Besut
              viii) Pejabat Penyelaras UMNO Dun Pasir Akar
              ix) RELA Daerah Besut
              x) Belia MACY Besut
              xi) Kontraktor Kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah
              xii) RISDA stesen Pasir Akar
              xiii) Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK)
              xiv) Penghulu Mukim Pasir Akar     
              xv) Polis Balai Pasir Akar
              xvi) Yang Dipertua PIBG SK. Pasir Akar

Dalam majlis perasmian  tersebut, diadakan penyerahan replika cek dan  banner
daripada lima Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu:

  •      i.        JKKK Kampung Pasir Akar,
  •     ii.        JKKK Kampung Gong Resam/ Chegar Batang,
  •   iii.        JKKK Kampung Tasek / Cherang Melintang, 
  •    iv.        JKKK Kampung Masin / Bukit Cina dan
  •     v.        JKKK Kampung Durian Telor.


Selain itu terdapat juga penyerahan banner daripada Pejabat Penyelaras Dun Pasir Akar, RELA Daerah Besut, PIBG dan Penghulu Mukim Pasir Akar. Penyerahan  banner ini menunjukkan kerjasama yang diberikan kepada pihak sekolah dalam menjayakan Program Dengue Patrol Peringkat Kebangsaan 2014.
Seterusnya dalam melaksanakan gotong-royong perdana ini juga diadakan tarian aedes yang disertai oleh yang hadir termasuk Yang Berhormat Tuan Haji Nawi bin Mohamad. Pameran tentang Denggi juga diadakan bagi membe.ri maklumat kepada semua yang terlibat
Selepas itu, aktiviti gotong-royong dijalankan di kawasan masing-masing yang telah disenaraikan .( lampiran – pamplet ) Pada sebelah petangnya pula fogging dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Besut.
Dengan adanya gotong-royong perdana ini semoga kawasan sekolah bebas aedes, bebas denggi. Dan adalah diharapkan agar gotong-royong perdana ini dapat menyuntik kesedaran terhadap cara-cara pencegahan denggi dalam kalangan warga sekolah, masyarakat dan seluruh jabatan yang terlibat. Moto kami Berjhad Membanteras Aedes dan Denggi berjaya dilaksanakan.


Ketibaan YB Dun Hulu Besut Merangkap Exco Industri Asas Tani, Pertanian, Dan Komoditi Negeri Terengganu
Tuan Hj Nawi Bin Mohamad



Penyerahan replika cek & banner daripada JKKK sebagai tanda sokongan kepada kempen
" Ayuh Gempur Aedes "

Tarian Denggi oleh semua pelajar SK Pasir Akar dibawah bimbingan
Skuad Dengue Patrol SK Pasir Akar



YB Tuan Hj Nawi Bin mohamad memberi ucapan.



Gimik Pembakaran Model Nyamuk sebagai simbolik Kempen
" Ayuh Gempur Aedes "
SAKSIKAN VIDEO PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 
" AYUH GEMPUR AEDES
DI PAUTAN DIBAWAH.. SELAMAT MENONTON ^_^





KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN : ISNIN 8 SEPTEMBER 2014






Gotong-rotong Jelajah Kampung pada 13 September 2014



            Bagi menepati lagi  moto kami Berjihad membanteras Aedes dan Denggi Pasukan Dengue Patrol melebarkan sayapnya menjelajah kampung untuk menggempurkan lagi program Ayuh Gempur Aedes dalam masyarakat yang merupakan tempat tinggal murid-murid Sekolah Kebangsaan Pasir Akar.

              Objektif Gotong-Royong Jelajah Kampung adalah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat kampung tentang bahaya demam denggi dan bersama-sama membersihkan kawasan tempat tinggal masing-masing.

              Program ini melibatkan warga sekolah, Ahli Dengue Patrol. Ahli Kelab Doktor Muda , JKKK dan alumni SKPA seramai 20 orang. Jumlah peserta yang terlibat dengan Program Gotong-royong Jelajah Kampung ini melibatkan hampir 150 orang peserta.

              Aktiviti yang diadakan adalah penyerahan bunting kepada Pengerusi JKKK, mengagihkan risalah tentang bahaya denggi kepada penduduk kampung seterusnya bergotong-royong membersihkan sebuah rumah bagi setiap kampong yang terlibat. Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Pasir Akar, Kampung Durian Telor, Kampung Masin, Kampung Bukit Cina, Kampung Cherang Melintang dan Kampung Tasek.

              Penduduk setiap kampung amat teruja dengan program ini dan mengucapkan terima kasih kerana telah menambahkan kesedaran kepada mereka  tentang bahaya denggi. Seterusnya diharapkan masyarakat akan terus menjaga kebersihan kawasan tempat tinggal mereka dan memastikan kawasan mereka bebas aedes dan bebas denggi setiap masa.















SAKSIKAN VIDEO PROGRAM GOTONG ROYONG JELAJAH KAMPUNG
AYUH GEMPUR AEDES " 

DI PAUTAN DIBAWAH.. SELAMAT MENONTON ^_^

http://youtu.be/EJJ79dQ_i14



KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN




SKUAD DENGGI PATROL :  GOTONG ROYONG JELAJAH KAMPUNG 2014





GOTONG ROYONG PENCEGAHAN PEMBIAKKAN NYAMUK AEDES SEBELUM CUTI SEKOLAH  ( 11 SEPTEMBER 2014 )

Sebelum bermulanya cuti sekolah pada 12 September 2014 hingga 20 September 2014, sekali lagi kami warga sekolah melakukan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekolah. Atas kesedaran yang tinggi, bahawasanya nyamuk aedes boleh membiak dan dewasa dalam tempoh seminggu sahaja, kami bersama-sama melaksanakan langkah-langkah pencegahan dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.











AKTIVITI PERTANDINGAN MEWARNA POSTER, MELUKIS POSTER, MENGARANG DAN KUIZ DENGGI


TAHAP 1 / PPKI / PRA ( MEWARNA  )






Pemenangnya ialah... jeng jeng jeng :

Pemenang kelas PPKI

Pemenang Tahun 1

Pemenang Tahun 2

Pemenang Tahun 3


TAHAP 2 ( TAHUN 4 : KUIZ )

PEMENANG :





TAHAP 2 ( TAHUN 5 : MELUKIS DAN MEWARNA POSTER )

PEMENANG :




TAHAP 2 ( TAHUN 6 : MENULIS ESSAY )

PEMENANG :



KARYA-KARYA PARA PELAJAR :





PERTANDINGAN MELUKIS KARTUN " AYUH GEMPUR AEDES "

Pertandingan ini merupakan salah satu daripada 6 elemen utama dalam program ini. Oleh hal yang demikian, kami telah menwar-warkan pertandingan ini kepada para pelajar. Setelah diberi penerangan dan gambaran tentang bagaimana kartun ini perlu dilukis, tanpa disangka ia mendapat mendapat sambutan menggalakan daripada para pelajar. Mereka mula memahami tentang bahayanya nyamuk aedes dan bagaimana cara untuk mencegahnya.








0 comments

0 comments:

Post a Comment