Gotong-rotong
Jelajah Kampung
Pada 13 September 2014
Bagi menepati lagi moto kami
Berjihad membanteras Aedes dan Denggi Pasukan Dengue Patrol melebarkan sayapnya
menjelajah kampung untuk menggempurkan lagi program Ayuh Gempur Aedes dalam
masyarakat yang merupakan tempat tinggal murid-murid Sekolah Kebangsaan Pasir
Akar.
Objektif Gotong-Royong Jelajah Kampung adalah bagi meningkatkan kesedaran
masyarakat kampung tentang bahaya demam denggi dan bersama-sama membersihkan kawasan
tempat tinggal masing-masing.
Program ini melibatkan warga sekolah, Ahli Dengue Patrol. Ahli Kelab Doktor
Muda , JKKK dan alumni SKPA seramai 20 orang. Jumlah peserta yang terlibat
dengan Program Gotong-royong Jelajah Kampung ini melibatkan hampir 150 orang
peserta.
Aktiviti yang diadakan adalah penyerahan bunting kepada Pengerusi JKKK,
mengagihkan risalah tentang bahaya denggi kepada penduduk kampung seterusnya
bergotong-royong membersihkan sebuah rumah bagi setiap kampong yang terlibat.
Kampung-kampung tersebut ialah Kampung Pasir Akar, Kampung Durian Telor,
Kampung Masin, Kampung Bukit Cina, Kampung Cherang Melintang dan Kampung Tasek.
Penduduk setiap kampung amat teruja dengan program ini dan mengucapkan terima
kasih kerana telah menambahkan kesedaran kepada mereka tentang bahaya
denggi. Seterusnya diharapkan masyarakat akan terus menjaga kebersihan kawasan
tempat tinggal mereka dan memastikan kawasan mereka bebas aedes dan bebas
denggi setiap masa.
SAKSIKAN VIDEO PROGRAM GOTONG ROYONG JELAJAH
KAMPUNG
" AYUH GEMPUR
AEDES "
KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN
SKUAD
DENGGI PATROL : GOTONG ROYONG JELAJAH KAMPUNG 2014
GOTONG
ROYONG PENCEGAHAN PEMBIAKKAN NYAMUK AEDES SEBELUM CUTI SEKOLAH ( 11
SEPTEMBER 2014 )
Sebelum bermulanya cuti sekolah pada 12
September 2014 hingga 20 September 2014, sekali lagi kami warga sekolah
melakukan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekolah. Atas kesedaran
yang tinggi, bahawasanya nyamuk aedes boleh membiak dan dewasa dalam tempoh
seminggu sahaja, kami bersama-sama melaksanakan langkah-langkah pencegahan
dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.
0 comments










0 comments:
Post a Comment